DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN
ISLAM
“AMALAN GOTONG-ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN / MENGERATKAN HUBUNGAN
SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM”
Bil
|
Nama
|
No Matrik
|
1.
|
Syahira Bt Sariat
|
02DKA16F1074
|
2.
|
Muhammad Ariff Hakimi b. Ahmad Sabri
|
02DKA16F1078
|
3.
|
Noor Azwa Bt Ghazali
|
02DKA16F1142
|
4.
|
Nor Fadillah Bt Azmi
|
02DKA16F1154
|
5.
|
Farina Arisha Bt Ab Aziz
|
02DKA16F1156
|
6.
|
Zulaika Bt Baharuddin
|
02DKA16F1160
|
7.
|
Nor Yusmalini Bt Yusof
|
02DKA16F1162
|
Disediakan Untuk : Ustaz Fadhili Bin Muhammad
Kelas : DKA5C
مَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ
”
”Barangsiapa menolong saudaranya, maka Allah akan selalu
menolongnya”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Selain melakukan kerjasama dan gotong royong pada hal-hal yang
diperbolehkan dalam Islam atas sesama muslim, maka Islam juga memperbolehkan
pemeluknya untuk bekerjasama atau tolong menolong dalam perkara ma’ruf. Yakni,
perkara-perkara tersebut tidak mencederai akidah seorang muslim dan tidak
menjatuhkan ia kedalam kendali kemaksiatan. Sehingga gotong-royong dan
tolong-menolong terhadap kaum non-muslim juga memiliki batasan tersendiri.
Tidak bermudah-mudahan melakukan aktifitas tanpa di dasari oleh ilmu
sebelumnya. Dan jadikanlah hal tersebut merupakan ladang dakwah tersendiri bagi
orang beriman. Hal ini Allah tegaskan dalam firmannya,
“Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta
perlindungan kepadamu, Maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman
Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. demikian itu
disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (QS. At Taubah : 6)
Kerana Islam sangat menghormati dan menjunjung tinggi
nilai-nilai keadilan. Sehingga dalam hal gotong-royong dimana hal tersebut
membutuhkan adanya pemeran-pemeran dari agama berbeda, tetap sebagai seorang muslim
kita harus berlaku adil terhadap mereka yang non-muslim. Sebagaimana firman
Allah Ta’ala,
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu Jadi orang-orang
yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan
janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk
Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.
dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” (QS. Al Maaidah : 8).”
PENGENALAN
Pada masa
kini, isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti gotong-royong kerap juga
diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada
masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan
hubungan silaturrahim dikalangan kaum.bak kata pepatah “berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” itulah kata-kata yang
boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum di Malaysia.
Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secra
bekerjasama dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan
secara sukarela.
OBJEKTIF
KAJIAN
- Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini.
- Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan silaturrahim.
DEFINISI
GOTONG ROYONG
Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong
bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih
banyak dilakukan di kampong-kampung dan kurang dilakukan dibandar pada masa
kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali
dalam masyrakat di Negara ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.
Manakala, perpaduan bermaksud satu
keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup
dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh
kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu.
Manakala, Integriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di
Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu bangsa
Malaysia yang mempunyai identittinya sendiri berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara.
KEPENTINGAN
GOTONG ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh
untuk Negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit,
masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu
aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak
dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui
semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang,
mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong
merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak
ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame
individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih
ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong
yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seprti
penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan
penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak kata pepatah melayu, “berat sama
dipikul, ringgan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong
ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga
balanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama.
Itulah prinsip gotong-royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor
kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang
masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menangung belanja
berubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang
tiidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau
tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhkan
cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI
GOTONG-ROYONG
Situasi seperti ini adalah amat
memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari
penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak dibangku sekolah lagi, amalan
murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari
seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama
masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan
dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melasanakan sesuatu
yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi
muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti sekolah seperti
Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.
Para pelajar akan menguruskannya dan
para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu
akan lebih matang tentang hubungan sosialnya. Selain itu, menyelidik potensi
diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus
bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong
kembali. Ceramah, forum dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh
diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang
gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut
bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.
KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG
Kebaikan mengamalkan amalan
gotong-royong atau kerjasama ialah amalan mewujudkan semangat positif antara
ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu
dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada
masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan
begitu baik kerana semua pihak meghulurkan bantuan. Keadaan itu menjadikan
semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang
singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru
tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.
Aktiviti gotong-royong juga dapat
mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan
Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau
secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan
rakyat Negara kita akan terus aman dan maju.
Bergotong-royong juga boleh
memperindahkan lagi tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih.
Dengan amalan kemasyarakatan itu, tempat tinggal kita tidak akan menjadi
sekadar “indah khabar dari rupa”. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan
kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti
diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana “meluntur buluh biarlah dari rebungnya”. Dengan menjadikan
amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh
pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui
betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang
ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu
generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikan untuk mengekalkan kesihatan dan
keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.
Dalam agama Islam juga turut
mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang
seseorang itu muslim. “Kebersihan itu sebahagian daripada iman” sudah menjadi
tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah
sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W. berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu,
sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam
sekitar sentiasa terpelihara.
SEBAB-SEBAB ADANYA GOTONG ROYONG
SEMANGAT GOTONG-ROYONG DIDORONG OLEH:
- Bahwa manusia tidak hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain atau lingkungan sosial.
- · Pada dasarnya manusia itu tergantung pada manusia lainnya.
- · Manusia perlu menjaga hubungan baik dengan sesamanya
- · Manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain.
Contoh Kegiatan Gotong-Royong
Contoh kegiatan yang dapat dilakukan
secara bergotong royong antara lain pembangunan fasiliti umum dan membersihkan
lingkungan sekitar. Dengan bergotong-royong, banyak hal yang telah dilakukan
bangsa kita di masa lalu, mulai dari mendirikan rumah, mengerjakan sawah,
membantu tetangga yang sedang berduka hingga saling bahu membahu berjuang dan
memproklamasikan kemerdekaan Negara.
USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha
berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak.
Sekiranya terlerai ikatan silaturrahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat,
nescaya paling pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan
Negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan
membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat
sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam
untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang
kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali
antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat
bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat
kediaman mereka sesuai denga slogan “ Negara Bersih Rakyat Sihat “. Sebagai
contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihakan
kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya.
Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja
yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa “ yang berat sama dipikul yang
ringgan sama dijinjing” serta “ ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni”.
SEMANGAT GOTONG-ROYONG
Mayarakat pada hari ini bersikap
materialistik sehingga amalan hidup bermasyarakat seperti bergotong-royong
terpinngir. Bincangkan halangan-halangan amalan bergotong-royong dan
langkah-langkah untuk menarik minat masyarakat untuk bergotong-royong.
Pada era globalisasi ini, masyarakat
terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus
kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Masyarakat sanggup
bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai
niali-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika
dahulu. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh
menjejaskan perpaduan dan keharmonian Negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah
dilaksanakan untuk menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya,
usaha tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. Jika
ditinjau dengan mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk
menghadiri aktiviti-aktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotong-royong.
Anatara halangan yang dihadapi oleh
masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bergotong-royong ialah
kehidupan masyarakat yang sibuk berkerjaya. Masyarakat pada hari ini lebih
moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman. Masyarakat yang tinggal
di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur khususnya berfikiran lebih terbuka
dan bersifat materialistik. Masyarakat menilai dari segi penampilan liaran dan
mengamalkan sikap “bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.
Seseorang itu dinilai dari segi jenama pakaian, jenis kereta, jenis rumah,
jawatan dalam pekerjaan dan tahap pengaruh dalam bidang masing-masing.
Sehubungan dengan itu, masyarakat
berlumba-lumba membanting tulang mengumpul kekuasaan untuk mengukuhkan
kedudukan masing-masing. Akibat daripada budaya pemikiran tersebut, kebanyakan
masyarakat yang tinggal di kota raya mempunyai karier yang sibuk kerana
rata-rata menjawat pekerjaan yang professional seperti ahli perniagaan, peguam
dan akauntan. Selain itu, bukan kaum lelaki sahaja yang keluar mencari nafkah
bahkan kaum wanita turut ikut serta. Taraf kaum wanita dikatakan “berdiri sama
tinggi duduk sama rendah” dengan kaum lelaki dalam alam kerjaya. Ini dapat
dibuktikan apabila kaum wanita diberi kepercayaan untuk menjawat pangkat yang
tinggi dalam sesebuah firma besar. Lantaran itu, rutin harian banyak dihabiskan
di tempat kerja berbanding di rumah. Kesan daripda itu, walaupun kegiatan
bergotong-royong ini. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa kesibukan dalam
kerjaya menjadi penghalang kepada amalan bergotong-royong.
Institusi rukun tetangga yang tidak
berfungsi juga merupakan salah satu daripada halangan kepada amalan
bergotong-royong. Isntitusi rukun tetangga ditubuhkan untuk memelihara keamanan
dan kesejahteraan kawasan kediaman akan tetapi kemudahan ini tidak digunakan
sebaiknya.
Pada suatu ketika dahulu, institusi
rukun tetangga bergerak secara aktif yang diketuai oleh penghulu kampong.
Organisasi ini juga melibatkan golongan pemuda-pemudi, selain daripada golongan
yang lebih tua. Secara tidak langsung, golongan muda dapat bekerjasama dan
mengeratkan silaturrahim dengan golongan tua seperti yang diuar-uarkan dalam
kempen di televisyen iaitu “yang tua dihormati yang muda disayangi”. Pada
setiap malam, penghulu akan mengadakan mesyuarat di balai raya untuk
membincangkan keselamatan dan akitiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
Melalui itu, amalan seperti bergotong-royong dapat dijalankan dan masyarakat
juga berpeluang untuk bergaul mesra. Apabila zaman telah berubah, kehidupan
masyarakat juga mengalami anjakan paradigm. Kini, organisasi ini hamper tidak
bergerak lagi kerana tiada pelapis untuk mengendalikannya. Orang muda sibuk berkerjaya
sehingga ke luar Negara kerana tawaran pendapatan yang lumayan. Ini memberi
gambaran awal kepada kita bahawa golongan muda lebih memandang ganjaran untuk
melakukan sesuatu. Oleh itu, mereka tidak berminat mengendalikan institusi
rukun tetangga yang tidak memberi pulangan hasil. Sebagai hasilnya, kerutuhan
institusi rukun tetangga memberi pengaruh yang besar kepada amalan
bergotong-royong.
Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak
kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong.
Menyedari hal ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam
kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan
beberapa inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan
bergotong-royong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen
ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong
serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Untuk
memastikan kempen ini benar-benar Berjaya, peranan media massa dan media cetak
sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam
televisyen, radio dan surat khabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat
tersebut secara meluas. Walaupun kempen seperti “cintailah sungai kita” dan
“jom ganyang aedes” merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen
ini secara tidak langsung m daenuntut masyarakat untuk bergotong-royong.
Contohnya, kempen “jom ganyang aedes” memerlukan masyarakat untuk
bergotong-royong membersihkan kawasan tempat pembiakan aedes iaitu di longkang
atau daun-daun kering di sekitar kawasan rumah. Kempen-kempen tersebut dilihat
berkesan kerana masyarakat mula berjinak-jinak dengan amalan tersebut di
samping untuk menjaga kebersihan. Kejayaan kempen ini terhasil di atas
kerjasama media elektronik dan juga kerajaan seperti bak kata pepatah “yang
berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing” yang akhirnya membuahkan hasil.
Bak kata pepatah “meluntur buluh biar
dari rebungnya”. Oleh itu, untuk memastikan masyarakat pada generasi akan
dating agar tidak ketandusan nilai ini, langkag seperti penerapan dalam
pendidikan di sekolah wajar dilaksanakan untuk menyemai amalan ini dari
peringkat awal lagi. Dalam pendidikan, amalan ini dapat ditanam melalui mata
pelajaran seperti pendidikan moral dan sivik kewargenegaraan. Melalui mata
pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan kepentingan nilai-nilai murni dan
mengaplikasiakan nilai tersebut dalam kehidupan. Guru memberi pendedahan dan penerangan
tentang nilai-nilai murni tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk
mendekatkan para pelajar dengan amalan nilai-nilai murni. Selain itu, sekolah
juga memain peranan penting untuk menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong.
Langkah yang lain untuk menanam nilai
ini dalam diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan kerajaan (NGO)
dengan lebih giat. Badan NGO boleh turun padang untuk membantu kerajaan menarik
minat masyarakat dalam amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan kerajaan
mewujudkan masyarakat bergotong-royong, syarikat swasta boleh mengajurkan
pertandingan kampong tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang. Dengan
cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertai dan mula bergotong-royong
mencantikkan kawasan perkampungan. Perlibatan badan NGO yang lebih giat dan
aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan tersebut
dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan mendapat mesej
yang dibawa oleh kerajaan untuk mempergiat amalan ini.
Secara tuntasnya, amalan
bergotong-royong ini sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat sehingga
kerajaan mengambil beberapa inisiatif untuk menghidupkan kembali amalan
tersebut. Kerajaan boleh mengguna kaedah yang lain dan lebih kreatif untuk
memikat masyarakat. Jika amalan ini terus terkubur, masyarakat akan hidup dalam
keadaan tidak aman dan sengsara. Sehugungan dengan itu, masyarakat harus
bermula dari sekarang untuk mengubah diri agar amalan ini dipraktikan sehingga
akan dating dan dianggap amalan yang “tak basah dek hujan, tak lekang dek
panas”. Sebagai penutup wacana, marilah kita belajar amalan yang baik ini dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, “yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan”.
SEBAB-SEBAB AMALAN BERGOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR
Malas
Alasan ini merupakan alasan klasik,
namun alas an inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah
perasaan yang dimiliki oleh hamper semua orang, oleh sebab itu, saat orang
merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperanan aktif,
tak berkecuali saat ada kegiatan gotong-royong.
Kesibukan
Tak sedikit orang yang disibukkan dengan
pekerjaan mereka, sehingga hamper taka da waktu untuk kegiatan-kegiatan yang
bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan wang
untuk membayar orang lain untuk mewakili saat ada gotong-royong.
Kurang
Bersosialisasi/Egois
Ego orang yang besar terkadang membuat
orang menjadi kurang bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh tak acuh terhadap
kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Bahkan masih ada alasan-alasan lain yang
muncul, pada era globalisasi sekarang yang membuat orang terkadang berfikir
praktis. Kurangnya kepedulian terhadap lingkungan membuat orang menjadi tidak
mahu atau malas-bermalasan untuk bergotong-royong.
ISU-ISU TERKINI MENGENAI GOTONG-ROYONG
PENUTUP
Akhir sekali, jika amalan ini diamalkan
dalam masyarakat sudah pasti tahap perpaduan akan meningkat dengan begitu
ketara kerana semua ahli dalam sesebuah masyarakat itu saling kenal mengenali
antara mereka. Kekerapan mereka berjumpa ketika melakukan sesuatu aktiviti
menyebabkan mereka saling memahami akan kerenah masing-masing yang mengukuhkan
perpaduan antara mereka dalam jangka masa panjang. Jelaslah, amalan yang sudah
lama diamalkan ini berupaya untuk menghidupkan semua semangat perpaduan antara
kaum di Negara ini yang mula dilupakan oleh penduduknya.
Kalau tahap perpaduan begitu tinggi sudah
pasti keamanan Negara akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami satu sama
lain dengan mendalam. Keamanan Negara yang stabil ini amat penting untuk
memudahkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan tanpa adanya sebarang
gangguan yang menguggat kelancaran projek tersebut. Semua pihak akan menerima
kesan positif daripada keamanan yang wujud ini terutama perkembangan bidang
ekonomi yang pastinya amat memerlukan keamanan yang sejati. Sesungguhnya,
amalan gotong-royong menjadikan Negara ini aman dan membolehkan semua pihak
menikmati kemakmuran ekonominya.
Kesimpulannya, amalan yang murni ini
harus digalakkan terutama dalam kalangan remaja yang semakin hari semakin
melupakannya. Sikap mengutamakan diri dan kebendaan telah mengaburi remaja akan
pentingnya amalan ini dihidupkan semula dengan segera. Konsep individualistik
yang begitu kuat diamalkan di Negara barat dan kini melimpah ke Negara kita
harus dikaji dengan teliti supaya konsep ini tidak mengikis amalan
bergotong-royong ini. Hidup dalam masyarakat lebih bermakna daripada hidup
bersendirian.
Selain itu, aktiviti gotong-royong
kepada masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayi
“muafakat membawa berkat”. Pada pendapat kami, pihak kerajaan juga boleh
memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan
suratkhabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan
semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan
budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
Comments
Post a Comment